Salam semua...
Sebelum pulang bercuti ke kampung, sempat buat 2 biji kek. Sebiji untuk besday anak saudara iaitu Aisye dan Adeelia dan sebijik lagi untuk anak bongsu saya si Zarees Nail. Mengikut perancangan ibu aisye, majlis sambutan besday mereka akan disambut di rumah atok di Trolak. Tetapi, kita hanya merancang tuhan yang menentukan.
Pada hari tersebut, Aisye telah dimasukkan ke DEMC kerana disyaki denggi. Kesian kan. Petang tu jugak selepas kek dah siap, kami sekeluarga melawat Aisye dan juga nak hantar kek tersebut dan terus bergerak balik ke kampung.
Ni lah kek special tuk Aisye dan adiknya Adeelia.....Hepi Besday Aisye Dan Adeelia, semoga menjadi anak yang solehah, Amin. Semasa entri ini ditulis, Aisye telah pun sihat dan kembali ke sekolah. Sedap tak kek Mak Teh ni....
Aleesya dan Airees juga datang melawat Aisye dan tuk sama-sama celebrate besday kat hospital ni..
Haha...ni pulak kek untuk Zarees Nail. Dia tengok kek kakak Aisye, dia pun sebok nak jugak. Sticker tu pun awal-awal lagi dia dah bedal, ngap masuk mulut dia....ish...ish...baby...
No comments:
Post a Comment