Friday 9 May 2014

TIPS UNTUK ELAKKAN EDIBLE IMEJ BERKEDUT

Salam semua,

Baru-baru ni try buat kek yang menggunakan edible imej kartun yang ditampal di atas kek. Masa mula-mula tampal ok, cantik....tapi bila dah masuk dalam peti, tengok-tengok gambar kartun tu dah mengelembung. Alamak...frust sangat. Selapas tu baru la google nak cek apa punca jadi macam tu dan bagaimana cara untuk mengelakkan dari imej tu gelembung dan berkedut-kedut.

Jadi, untuk kawan2 yang baru nak belajar macam saya, disini diberikan sedikit tips supaya next time bila nak tampal imej edible ianya dapat membantu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


~ Untuk kek yg menggunakan fresh cream 

a)Sapu rata marjerin atau butter pada bahagian belakang Edible Imej sebelum ditampal pada kek

Atau pun.....


b)Cairkan coklat msakan putih dan tampalkan di belakang Edible Imej. Tunggu sehingga keras dan barulah ditampal pada kek 
  

Dan inilah kek yang telah saya buat tempohari..

Choccolate cake

 Sori..fresh cream sapu tak rata. Maklumlah baru setahun jagung berjinak-jinak dalam aktiviti membaking ni dan sedang berusaha menambah ilmu dalam bidang yang baru diminati. Harap-harap suatu hari nanti boleh jadi seorang 'pembuat kek' yang hebat...Ecek-ecek err....InsyaAllah...Amin


No comments:

Post a Comment