Assalamualaikum..
Lama x menulis blog ni..Semoga anda semua berada dalam rahmat Allah hendaknya...Amiin.....
Hari ni nak share sikit pasal MITIB sebab masa anak saya nak apply sekolah ni, saya try cari info pasal sekolah ni tapi tak banyak maklumat yang diperolehi tentang MITIB ni. Harapan saya semoga perkongsian ini dapat membantu anda sekiranya bercadang nak hantar anak belajar di sini.
Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) adalah sekolah dibawah Jabatan Agama Islam Selangor dan mula beroperasi pada 2008. Objektif penubuhan adalah untuk melahirkan saintis dan profesional yang menghafaz dan menghayati Al-Quran,Mitib juga menjunjung misi untuk mendidik dan membentuk generasi Al-Quran bertaqwa yang ikhlas,berilmu,beramal,berakhlak mulia dan berketerampilan melalui sistem pendidikan integrasi dan holistik.
Syarat2 kemasukan ke MITS:
1.Murid dan ibu/bapa lahir di Selangor atau murid dan salah seorang ibu/bapa lahir di Selangor dan murid hendaklah tinggal di Selangot atleast 6 tahun
2.Mumtaz dalam PSRA dan minimum 5A1B
3.Boleh membaca Al-Quran dengan lancar, fasih dan bertajwid
4.Lulus PAFA
5.Aktif kokurikulum
6.Lulus Ujian kelayakan ke Mits
1.Murid dan ibu/bapa lahir di Selangor atau murid dan salah seorang ibu/bapa lahir di Selangor dan murid hendaklah tinggal di Selangot atleast 6 tahun
2.Mumtaz dalam PSRA dan minimum 5A1B
3.Boleh membaca Al-Quran dengan lancar, fasih dan bertajwid
4.Lulus PAFA
5.Aktif kokurikulum
6.Lulus Ujian kelayakan ke Mits
Anak saya mengisi borang permohonan melalui borang yang diedarkan oleh pihak sekolah. Selepas keputusan PSRA diumumkan, pihak sekolah hanya akan memilih pelajar yang layak utk diisi borang permohonan seterusnya melalui onnline. Pelajar yang terpilih akan dipanggil untuk menghadiri interview dan akan dihubungi melalui pihak sekolah masing2.
13/12/2018- Alhamdulillah anak saya dipanggil untuk ditemuduga di MITS.
Gambar kakak dan kawan-kawan yang sama sekolah dengan kakak semasa menghadiri seisi interview.
Dua minggu sebelum seisi persekolahan 2019 bermula, Alhamdulillah saya dihubungi oleh pihak MITS mengatakan bahawa anak saya berjaya ditawarkan ke sekolah tersebut. Syukur Alhamdulillah, Allah perkenankan doa saya dan keluarga.
7/1/2019-Kakak mendaftar di MITS..
Ni Dorm kakak, nasib kakak dapat katil bawah
Dorm paling atas sekali..hihi..boleh kurus la kakak nanti
Semoga kakak berjaya menjadi seorang hafizah dan juga cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Menjadi seorang muslimah yang taat pada Allah dan juga keluarga serta menjadi kebanggaan keluarga . Amiinnn...
Assalamualaikum.. Nak tanya ujian kelayakkan tu macam mana? Dia bertulis atau ade ujian lisan juga
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dpt masuk sekolah ini.semoga anak puan berjaya dunia akhirat.😊
ReplyDeletesaya dulu sekolah sini. 9th batch. yg spm waktu covid tu. alhamdulillah skrg ni jdi org berjaya. so anyone who have any question abt this prestigious school, feel free to ask me. i'll give honest review :) hoho.
ReplyDeleteOk tak kemudahan makmal dan tenaga pengajar di sini?
Deletei would say kemudahan makmal tu ada tpi agak lama lah. tpi rasa skrg ni dah upgrade dah sbb fedtri yahya ada dtg mitib hri tu shoot jejak rasul. tenaga pengajar pulak memg bagus
DeleteAssalammualaikum unT nak tanya apa kelebihan mits boleh bantu ke sbb unT dulu skolah SMK maka tak faham. Anak unT dapat tawaran d sini dalam masa yg sama skang dia berada d tahfiz berbayar yg tiada akademik (akan ke Turki stelah selesai 30juzu’ dgan biasiswa)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya, spm di MITIB ada aliran apa selain sains tulen? Ke mmg ada sains tulen saja utk spm?
ReplyDeleteMmg ada sains tulen saja
DeleteMasa SPM ambil matapelajaran apa dan berapa subjek?
ReplyDeleteBoleh tahu mengenai yuran sekolah?
ReplyDeleteThanks and that i have a nifty offer you: How Much Do House Repairs Cost small home renovation contractors
ReplyDelete