Friday 28 June 2013

HOKKAIDO

Salam semua..Selamat berhujung minggu. Pernah try rasa Hokkaido tak? Saya pun baru pertama kali buat Hokkaido ni. Rupanya lebih kurang macam ni...




Haha...tengok...siap ada bintang-bintang lagi.Hari ni tengok gambar dulu yer. Resepinya akan saya share kemudian.

Nyummy tak ?

Tuesday 25 June 2013

KEK COKLAT MOUSSE

Salam semua. Nampaknya cuaca hari ini bertambah baik. Alhamdulillah..Jerebu pun dah kurang. Tahap IPU di sini setakat hari ini di bawah 130 berbanding 400 semalam. Anak2 pun dah mula bersekolah hari ini. Semoga kualiti udara di negara kita akan bertambah baik, InsyaAllah.

Nampaknya cuaca yang baik, maka mood nak buat kek pun baik jugak. Besok besday anak perempuan saya ANISSA yang ke tujuh . Pejam celik pejam celik dah 7 tahun. Semoga dia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Masih memikir apa kek yang nak di buat malam ini untuk besday dia esok. Kek aiskrim campur tiramitsu, itu permintaan Anissa minggu lepas bila mama tanya nak makan kek apa. Hurm....2 jenis kek dia suruh campur jadi satu? Mama akan try buat malam ni ye kakak....

Kek Coklat Mousse ni pun dia suka jugak. Hari tu buat sebijik bawa balik kampung, ramai yang suka kek ni.




Mungkin decoration kurang menarik sebab buat kek ni sampai pukul 3 pagi. Huhu..orang lain tengah sedap tidur, kita kat dapur tengah memikir macam mana nak deko kek ni. Hihi...tapi tak pe. Rupa tak cantik tapi sedap tau. Jom potong kek ni.




Happy nyummy nyummy rasanya tau. Sila..silla....tinggal sepotong je lagi. Siapa cepat dia dapat.

Friday 21 June 2013

PIZA OH PIZA



Salam semua...

Hari ni teringin pulak nak makan piza. Ditambah lagi dengan iklan Pizza Hut yang ditayangkan kat dalam tv membuatkan anak-anak terliur. Ermm...nyum..nyum..."Mama buatla piza macam kat dalam tv tu..........". Hehe...bukan budak2 jer yang teringin, mak dia juga teringin SEBENARNYA......




Piza ayam seafood....bolehlah kan. Walaupun tak sebijik macam kat dalam tv tu,yang lebih penting piza ni hasil dari air tangan mama.

Jemput semua yer.

TERAPI ELEKTROSTATIK

Pernah dengar Mesin Terapi Elektrostatik? Mungkin kita pernah mendengar tetapi tidak mengetahui apakah fungsi dan cara penggunaanya. Saya pun begitu. Tetapi semalam saya telah berpeluang mencuba sendiri mesin terapi tersebut di salah sebuah cawangan Cosmic Healthcare Centre di Taman Perwira Teluk Panglima Garang. Diharapkan dengan kemudahan tersebut, semua penduduk di sekitar kawasan tersebut dapat menggunakan kemudahan yang diberikan secara PERCUMA ini dengan sebaiknya.

SEKADAR BERKONGSI :-




Pernahkah anda terfikir bahawa tidak selalunya anda akan sihat? Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa suatu hari nanti anda pasti akan jatuh sakit dan mempunyai penyakit? Di zaman yang serba canggih dan moden ini segalanya tiada yang mustahil. 

Apabila umur manusia semakin meningkat, perlahan-perlahan kita akan dipengaruhi oleh persekitaran yang akan menjejaskan tahap kesihatan kita. Taraf kehidupan yang semakin tinggi membuatkan kita tidak menghiraukan kesihatan sendiri untuk masa akan datang. Penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gout, stroke, kolesterol tinggi dan sebagainya semakin menular pada setiap masyarakat tidak kira sama ada yang muda atau tua jika tidak mengamalkan kehidupan yang sihat. 

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari peranan pengambilan makanan yang berkhasiat, penjagaan kesihatan yang efektif, udara yang segar dan kawalan tekanan yang seimbang bagi memastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik. 

Rawatan terapi yang menggunakan arus static amat terkenal di Jepun sejak berkurun lamanya. Berpuluh abad yang lalu, MD Toshiyuki seorang berbangsa Jepun, melihat Jurnal Perubatan German yang telah diterbitkan suatu masa dahulu dibawah kajian tentang medan voltan tinggi penyelidikan beliau menunjukkan hasil yang menakjubkan ke atas pesakit kronik yang menjadi sihat setelah menjalani rawatan selama beberapa bulan. Penyelidikan beliau juga ditambah dengan bukti-bukti dan laporan yang telah terbukti setelah beberapa dekad penggunaan medan elektrik voltan tinggi untuk pesakit kronik telah digunakan secara meluas di German dan ianya lebih dikenali sebagai “ Ion Elektrik Sihat ” . 

Produk Mesin terapi elektrostatik  yang telah mendapat pengiktirafan  diperakui boleh mencegah dan merawat penyakit-penyakit kronik. Ia mampu melancar serta membersihkan kotoran yang telah melekat dan mendap pada saluran darah. Bukan itu sahaja, malah ia juga mampu menyelaraskan sistem saraf yang tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan di dalam badan. Rawatan terapi Pro Nature menggunakan kaedah getaran arus static bagi membakar kolesterol serta memecahkan lemak yang tersumbat pada kapilari darah. 

Pelbagai fungsi dari mesin terapi Pro Nature yang boleh anda guna untuk merawat atau mencegah penyakit anda seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), rawatan gelombang ringan (Optical Therapy@Light Wave), rawatan bertungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading Prong atau dikenali sebagai Magic Pen boleh merawat sakit setempat.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini http://www.cosmicnature.com/testimonials.html




CHILLED MANGO CHEESE CAKE

Ini adalah kek favourite saya. Mudah disediakan dan sangat sedap. Lebih sedap dimakan semasa sejuk...Nyummy..nyummy...dah banyak kali buat kek ni.Terliur tak?







 Chilled  Mango Cheesecake
Bahan-bahan

(Untuk Base) 
-Saya gunakan sponge cake

250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain/ 50g yogurt mangga/sebiji mangga dikisar
90g gula – boleh tambah
15g gelatin + 60ml air panas
Sebiji  mangga dan dipotong dadu

Untuk Topping
1 biji buah mangga -  blend jadikan puree
sedikit potongan mangga

Cara-cara
Sediakan kek span dan potong kpd 2 bahagian.
Ambil satu bahagian sahaja dan  letakkan ke dalam ring kek.

Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.

Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan (jgn biarkan sejuk yer nanti gelatin beku). KAEDAH LAIN : guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut ATAU microvawekan 1min ATAU panaskan atas api dengan api kecil sehingga gelatin larut.

Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kecil.

Tuang adunan cheese ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 3-4 jam.

Untuk Topping
Curahkan puree mangga dan hias dengan kiub mangga.
Sejukkan lagi. Potong dan hidangkan..


Thursday 20 June 2013

DORAYAKI COKLAT STRAWBERI

Salam pagi Jumaat semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya, InsyaAllah. Sarapan apa pagi ni. Dah lama tak buat 'dorayaki' atau pun lempeng nama tradisionalnya. Jadi hari ini jom bersarapan dengan Dorayaki Coklat Strawberi...





Nak resepi? Senang jer, semua orang boleh buat.


Bahan-bahan (untuk 10 keping)

100gm tepung kek
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit susu segar sekiranya adunan terlalu pekat

Inti : Jem coklat strawberi

Cara-cara :


1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.

3. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, selepas itu balikkannya sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai dapat 20 keping.

4. Letak 1 sudu besar jem strawberi ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake yang lain. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan jem. Jadilah Dorayaki (hoorey!).

Selamat mencuba.


KEK TIRAMITSU UNTUK BESDAY LADY BOSS

Semenjak setahun yg lepas, tiba2 saya dah dapat satu hobi baru. Tapi hobi saya bukan hobi yang pelik. Sama mcm orang lain jugak. Kalau org lain gila berblog sbb nak share hasil masakan masing2...saya pun sama la. Ni la hobi baru saya tu....


Kek Tiramitsu ni special untuk besday our Lady Boss last week. Dia suker....dia request kek durian pulak untuk dia punya next besday. Apa pun Heppi Besday ye boss..

SAYA BUDAK BARU BELAJAR.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni hari pertama saya menulis. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Harapan saya semoga suatu hari nanti blog saya juga setanding dengan beberapa blog yang menjadi idola saya selama ini. Harap kita semua dapat berkongsi ilmu di sini.