Monday, 31 March 2014

BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA

Hai semua,

Minggu lepas berkesempatan ke Putrajaya untuk melihat belon udara panas iaitu kali ke 6 di adakan di Putrajaya. Oleh kerana cuaca yang terlalu panas ditambah lagi dengan jerebu dan juga terpaksa berjalan jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain, fuh! memang memenatkan. Ianya tak seindah seperti yang digambarkan. Kami sampai ke Precint 2 dalam pukul 11.00 pagi. Tak ada satu belon pun yang naik, cuma ada 2 atau 3 biji belon yang berada di atas tanah bagi membolehkan orang ramai masuk ke dalam belon tersebut bagi tujuan mengambil foto kenang-kenangan.

Mungkin tahun ni penyertaan dari negara luar telah berkurangan walaupun acara ini dinamakan Pertunjukan Belon Panas Antarabangsa. Mungkin banyak aktiviti lain yang ada di kawasan tersebut, tetapi kami sudah kepenatan...anak2 pun dah letih dan meragam. Tunggu belon tak naik-naik jugak. Difahamkan belon tersebut akan dinaikkan pada sebelah petang. Amboi lama nya nak tunggu sampai petang.

Banyak gerai yang menjual makanan, pakaian, permainan kanak-kanak, barangan telekomunikasi dan juga bahan berkanun yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.Dan yang paling menarik bagi anak2 ku adalah....haha...seperti dalam gamba kat bawah ni.






Ni lah aktiviti yang diminati oleh anak2 dan juga ayahnya..Sanggup berpanas nak tengok helikopter tu naik dan landing...Satu trip boleh muat 3 orang harganya RM300.00. Mereka akan dibawa berlegar-legar di kawasan tersebut lebih kurang 5 minit. Best jugak kan....Kitaorang tengok dari jauh jer...




  Minat punya pasal, Abang Kimi sanggup pulak bergambar hari ni...haha..

Ni gambar kitaorang pulak..Saja suka-suka berposing..




Bila dah penat, kat tempat mana pun boleh kami lepak...


Gambar belon ni pun diambil dari wasap group...dia pergi sebelah petang, jadi dapatlah tengok belon tu naik. Kitaorang tengok gamba je la....huhu..

Dah sampai Putrajaya, jalan-jalan jap kat tempat lain dan tak sah kan kalau tak berposing..hihi..tapi semua hari ni sporting...semua boleh join posing....





No comments:

Post a Comment