Friday 21 June 2013

CHILLED MANGO CHEESE CAKE

Ini adalah kek favourite saya. Mudah disediakan dan sangat sedap. Lebih sedap dimakan semasa sejuk...Nyummy..nyummy...dah banyak kali buat kek ni.Terliur tak?







 Chilled  Mango Cheesecake
Bahan-bahan

(Untuk Base) 
-Saya gunakan sponge cake

250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain/ 50g yogurt mangga/sebiji mangga dikisar
90g gula – boleh tambah
15g gelatin + 60ml air panas
Sebiji  mangga dan dipotong dadu

Untuk Topping
1 biji buah mangga -  blend jadikan puree
sedikit potongan mangga

Cara-cara
Sediakan kek span dan potong kpd 2 bahagian.
Ambil satu bahagian sahaja dan  letakkan ke dalam ring kek.

Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.

Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan (jgn biarkan sejuk yer nanti gelatin beku). KAEDAH LAIN : guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut ATAU microvawekan 1min ATAU panaskan atas api dengan api kecil sehingga gelatin larut.

Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kecil.

Tuang adunan cheese ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 3-4 jam.

Untuk Topping
Curahkan puree mangga dan hias dengan kiub mangga.
Sejukkan lagi. Potong dan hidangkan..


No comments:

Post a Comment