Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

Wednesday, 20 November 2013

SEPANG GOLDEN PALM TREE

Salam semua..

Cuti sekolah dah bermula. Mungkin ramai yang bercadang untuk membawa keluarga pergi bercuti atau mungkin ada yang masih tercari-cari tempat yang ingin dikunjungi time cuti sekolah ni. Salah satu tempat yang menarik dan juga agak ekslusif ialah di Sepang Golden Palm Tree. Bagi yang ingin berehat sambil menikmati keindahan alam, tempat ini mungkin sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.


                      Pemandangan dari Smiley Beach semasa air surut




                      Pemandangan yang sangat indah dan tenang


Perkhidmatan basikal juga disediakan untuk ke sesuatu tempat di dalam kawasan tersebut



                     Nak tengok gambar lagi....Jom cuci mata....






Ruang veranda yang sesuai untuk bersantai-santai waktu petang..Cuma sayang tak  boleh memancing.  Kalau boleh memancing lagi best.


                     Boleh nampak banyak ikan todak kat bawah rumah tu...Macam comel jerk...


          Bilik tidur yang sangat selesa...Baring atas katil, bila buka mata terbentang luas lautan di
         depan......


  Bilik air yang seksi...hihi...boleh nampak luar dalam. Kena hati2..Jangan lupa tarik langsir      
  hingga ke bawah bila nak masuk dalam bilik air ni. Kalau tak wayang free...




 Dah puas berehat, dah puas tidur, jom kita mandi di infinity swimming pool...Tempat yang
diminati terutamanya kanak-kanak...Masa yang ditunggu2....jom terjun!!!!


                                Fuh...tengok swimming pool ni terus ke laut..hihi


                      Gambar kakak dengan abang yang mandi time tengahari buta....


     Suasana di swimming pool ketika menjelang senja.....syahdu  le pulak.....

Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan disini...Nanti saya sambung part 2 pulak yer....babai.....




Wednesday, 30 October 2013

PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum....

Cuti hujung minggu...tak tau nak pergi mana. Pantai yang paling dekat dengan rumah saya adalah Pantai Morib.Disebabkan anak2 mintak nak mandi pantai, jadi saya bercadang pergi jauh sikit dari Pantai Morib iaitu Pantai Bagan Lalang. Lebih kurang 1 jam 15 minit masa yang diambil untuk sampai ke tempat ni kalau dari rumah saya di Teluk Panglima Garang.

Air laut ni tak lah secantik di PD, tapi bolehla nak lepaskan rindu kalau nak tengok ombak kat pantai.


Semasa air surut



Pantai ni juga bersebelahan dengan Sepang Gold Coast Golden Palm Tree. Rumah atas air yang berbentuk pokok kelapa tu...Kitaorang tak la menginap kat situ sbb harga satu malam pun dan ber"K" ++++..Maklumlah taraf 5 bintang.

Ni la aktiviti anak2 ku....dah tak sabar nak main air. Mukadimmahnya dimulakan dulu dengan aktiviti bermain pasir.....


Aktiviti mencari harta karun agaknya..

 

 Dah dapat harta karun dah ker?


 
 Si baby dengan kakak sengaja nak basahkan baju diaorang, sebab kalau baju basah boleh start mandi dah.....
  


Akhirnya........tada.....sibudak comot


 

 

 



Main layang-layang....tapi tak naik2...hihi...ni la budak2 zaman sekarang. Main game expert la...
 

 

 


Sekejap jer datang sini....Lain kali kami nak datang sini lagi yer mama....Walaupun cuma dapat mandi sekejap jer, tapi ok la dari duduk lepak kat rumah kan.....