Friday 31 October 2014

GAMBAR LAMA


Tengah mengemas, terjumpa gamba budak2 ni masa kecik. Hihi...comel comel.....




Ni gambar Abang Kimi masa umur 6 tahun. Hansome kan...Dah dapat ijazah masa umur 6 tahun ni..




Ni gambar anak dara kita la....Kakak Anissa masa umur 5 bulan kalau tak salah saya....Tomei...Tomeiii......



SAYA SUKA MASAK


Hobi saya ialah memasak. Hari-hari saya suka masak.....













SELAMAT MENJAMU SELERA

BESDAY PUTRA ZAREES NAI'L YANG KE 4


Salam Semua,

Dah lama x menaip. Byk cerita yang nak dikongsi tapi masa tak mengizinkan. Bz sikit sejak akhir-akhir ni. Hari ni baru free sikit jadi curik jap masa nak update citer-citer yang dah berbulan berlaku. Hihi, tak kisah la citer lama asalkan ada usaha nak update blog ni.

Pada 7/10/2014 yang lepas adlah hari jadi anak yang bongsu Na'il yang ke 4 tahun. Dah besa baby mama, next year dah boleh pergi sekolah. Jadi sempena menyambut Hari Raya AidilAdha yang lepas, kami bercadang untuk sambut sekali besday Nail dan sepupunya Emir di kampung (Trolak Selatan). Boleh berkumpul adik beradik time tu.






















Tahun ni walaupun rushing ke sana sini time hari raya haji, tapi alhamdulillah sempat buat simple candy booth untuk 2 besday boy ni. Malam tu pulak ada majlis cukur jambul anak saudara iaitu Amni Aafia Herlena. Dan juga untuk pelamin dan buaian tuk malam tu direka oleh adik sendiri.


Cantikkan pelamin ni. Simple tapi cantik. Memang kreatif adikku yang sorang ni. Baby comel yang tengah duduk dekat depan tu anak dia la.

Lain kali boleh curi idea ni...hihi 
 


Monday 23 June 2014

BISKUT LIDAH KUCING

Salam semua...

Sekarang bizi dengan projek terbaru, tu sebab tak sempat nak mengupdate blog ni. Nak tau apa projek tuk hari raya ni? Haha...ini dia...




Ni lah dia biskut lidah kucing dan yang bulat-bulat tu biskut mata kucing. Ada tempahan yang minta disiapkan sebelum puasa. Jadi kena struggle sikit la pas ni...

Resepinya akan saya kongsikan kemudian yer...Boleh try resepi ni dan pasti rasanya tidak mengecewakan anda....Hari ni cuci mata dulu....Babai...








Tuesday 27 May 2014

HAPPY 15TH WEDDING ANNIVESARY

Salam Semua....

15 tahun yang lalu, pada hari ini aku bergelar ISTERI kepada suami tercinta. Perkenalan selama 8 tahun sejak dari bangku sekolah akhirnya berakhir ke jinjang pelamin. Setalah pelbagai peristiwa suka duka, sedih dan gembira dilalui bersama akhirnya hajat dan hasrat kami tercapai. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana memilih dia sebagai jodohku.

Kini....

Setelah 15 tahun bergelar isteri, kami dikurniakan 3 orang anak sebagai penyambung waris kami. Terima kasih Allah kerana memberikan kami sebuah keluarga yang bahagia, seorang suami yang penyayang dan anak-anak sebagai penyeri dan pelengkap hidup kami. Tiada  harta yang lebih bernilai di dunia ini selain daripada keluarga dan anak2 yang telah kau amanahkan kepada kami.  




Untuk suami yang tersayang :-

Terima kasih kerana sentiasa menyayangi diri ini,
Terima kasih kerana menjadi suami penyayang dan baik hati,
Terima kasih kerana menjadi suami yang sanggup dan sabar
melayani karenah dengan penuh kelembutan,
Terima kasih kerana menatang diri ini dengan penuh kasih sayang,
Tiada kata yang mampu diungkapkan
melainkan diri ini sangat bersyukur dan
sangat bahagia hidup bersamamu
Adanya Cinta Kita adalah kerana adanya CintaNya bersama kita,
Moga Dia membawa cinta kita sampai ke Syurga milikNya,
Amin.....


Malam tadi sempat curi masa buat kek untuk annivesary kami. Inilah hasil kek yang hanya disiapkan dalam masa kurang dari 2 jam... 


                                                 ENGLISH LEMON CAKE





 Babai dulu....esok sambung ye.
 

Friday 9 May 2014

KEK SPAN COKLAT




Kek Span Coklat
Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama
   5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan
   lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.


 SELAMAT MENCUBA





Tiramitsu kek dan Coklat kek



 Ni Kek Coklat untuk besday adik kat office kita. Terpaksa bersekongkol dgn hubby dia untuk buat surprise pada hari jadi dia. Nasib baik semua yang telah dirancang berjalan dengan sempurna. Yang pastinya IIfa Mawar happy hari tu...



 Ni la dia tuan punya besday girl. Untung Iifa dapat hubby yang romantik dan sanggup buat surprise untuk dia...Sweet kan...(sori ifa...letak gambaq hang kat sini...amik dalam fb)





Ni pulak Kek Tiramitsu untuk besday anak Layhoon. Harap u suker ye LayHoon....Lain kali oder lagi tau..

OKBAI.....


TIPS UNTUK ELAKKAN EDIBLE IMEJ BERKEDUT

Salam semua,

Baru-baru ni try buat kek yang menggunakan edible imej kartun yang ditampal di atas kek. Masa mula-mula tampal ok, cantik....tapi bila dah masuk dalam peti, tengok-tengok gambar kartun tu dah mengelembung. Alamak...frust sangat. Selapas tu baru la google nak cek apa punca jadi macam tu dan bagaimana cara untuk mengelakkan dari imej tu gelembung dan berkedut-kedut.

Jadi, untuk kawan2 yang baru nak belajar macam saya, disini diberikan sedikit tips supaya next time bila nak tampal imej edible ianya dapat membantu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


~ Untuk kek yg menggunakan fresh cream 

a)Sapu rata marjerin atau butter pada bahagian belakang Edible Imej sebelum ditampal pada kek

Atau pun.....


b)Cairkan coklat msakan putih dan tampalkan di belakang Edible Imej. Tunggu sehingga keras dan barulah ditampal pada kek 
  

Dan inilah kek yang telah saya buat tempohari..

Choccolate cake

 Sori..fresh cream sapu tak rata. Maklumlah baru setahun jagung berjinak-jinak dalam aktiviti membaking ni dan sedang berusaha menambah ilmu dalam bidang yang baru diminati. Harap-harap suatu hari nanti boleh jadi seorang 'pembuat kek' yang hebat...Ecek-ecek err....InsyaAllah...Amin


Monday 31 March 2014

BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA

Hai semua,

Minggu lepas berkesempatan ke Putrajaya untuk melihat belon udara panas iaitu kali ke 6 di adakan di Putrajaya. Oleh kerana cuaca yang terlalu panas ditambah lagi dengan jerebu dan juga terpaksa berjalan jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain, fuh! memang memenatkan. Ianya tak seindah seperti yang digambarkan. Kami sampai ke Precint 2 dalam pukul 11.00 pagi. Tak ada satu belon pun yang naik, cuma ada 2 atau 3 biji belon yang berada di atas tanah bagi membolehkan orang ramai masuk ke dalam belon tersebut bagi tujuan mengambil foto kenang-kenangan.

Mungkin tahun ni penyertaan dari negara luar telah berkurangan walaupun acara ini dinamakan Pertunjukan Belon Panas Antarabangsa. Mungkin banyak aktiviti lain yang ada di kawasan tersebut, tetapi kami sudah kepenatan...anak2 pun dah letih dan meragam. Tunggu belon tak naik-naik jugak. Difahamkan belon tersebut akan dinaikkan pada sebelah petang. Amboi lama nya nak tunggu sampai petang.

Banyak gerai yang menjual makanan, pakaian, permainan kanak-kanak, barangan telekomunikasi dan juga bahan berkanun yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.Dan yang paling menarik bagi anak2 ku adalah....haha...seperti dalam gamba kat bawah ni.






Ni lah aktiviti yang diminati oleh anak2 dan juga ayahnya..Sanggup berpanas nak tengok helikopter tu naik dan landing...Satu trip boleh muat 3 orang harganya RM300.00. Mereka akan dibawa berlegar-legar di kawasan tersebut lebih kurang 5 minit. Best jugak kan....Kitaorang tengok dari jauh jer...




  Minat punya pasal, Abang Kimi sanggup pulak bergambar hari ni...haha..

Ni gambar kitaorang pulak..Saja suka-suka berposing..




Bila dah penat, kat tempat mana pun boleh kami lepak...


Gambar belon ni pun diambil dari wasap group...dia pergi sebelah petang, jadi dapatlah tengok belon tu naik. Kitaorang tengok gamba je la....huhu..

Dah sampai Putrajaya, jalan-jalan jap kat tempat lain dan tak sah kan kalau tak berposing..hihi..tapi semua hari ni sporting...semua boleh join posing....