Wednesday, 18 March 2015

PROJEK HARI INI (PART 1)


Isnin 16/3/2015

Hari ini pergi kerja tumpang adik office ni. Pergi dan balik kerja ikut dia. Jadi minggu ni dapatlah sampai awal kat office, pukul 8.40 pagi dah sampai tau. Haha..kalau tak selalunya pukul 10 baru sampai office.Minggu ni jadi budak baik, baeeek la sangat....

Pas balik kerja, bukak pintu rumah...huhu....gelap dan sunyinya rumah aku. Kalau selalunya time balik kerja singgah rumah baby sitter dulu amik diaorang. Rindunya kat budak2 ni....Biasanya kalau diaorang nampak mama time balik kerja, fuhhh !! riuh rendah dibuatnya. Masing2 dengan citer masing2 sampai bergaduh dalam kereta, pening kepala mama tau....

Hurm....boringnya....nak buat apa malam ni....nak masak makan sorang2 memang semamangnya m.a.l.as la. Lepas maghrib keluar jap, lapar pulak. Beli burger je la malam ni. Tengok jam baru kul 9.00...argh...lambatnya jam ni bergerak...layan je la semua citer yang ada...Pukul 11 malam citer feveret dah habis. Hurm...apa lagi nak buat ni ye. Rumah semua dah kemas, baju dah disidai..Cuba tido la. Try pejam mata tak leh....pejam celi, pejam celik,,,,lastly tertido jugak.........sampai  subuh...


Selasa 17/3/2015

Hish....baru hari selasa, lambatnya lagi diaorang nak balik....tahap bosan tahap 2 1/2 dah ni...dah nak masuk tahap kritikal. Malam tu tido malam mimpi hantu la pulak...huhu...mimpi hantu terjaga kul 2.30 pagi....huwaaaaa.........bila sedar, alamak cuak la pulak maklumlah sorang2 kat rumah. Paksa jugak mata ni pejam, suruh sambung tido balik...Nasib baik dapat sambung tido pastu. Geram betolla. Time cenggini la pulak nak mimpi hantu, dah la rumah dekat kubur.


Rabu 18/3/2015 

Tak boleh jadik ni, kena buat sesuatu. Setelah berfikir dan memikir dan berfikir lagi, maka keputusan diambil. Aku nak balik kampung jugak jumpa diaorang ni. Lagipun dah lama x balik kampung. Tak pe lah amik cuti satu hari je hari Jumaat ni. Maka aku bercadang untuk buat surprise dekat hubby dan anak2..Haha....nak balik kampung naik apa? Train? Ok gak.

Try google kat internet, cari train yang pergi ke Tg Malim...hasil nya ETS...cepat dan selesa....Apa lagi try booking tiket onnline. Yea.....harap surprise ni menjadi, takut aku pulak yang disurprisekan orang nanti..

nak tau apa jadi seterusnya.......Hahha  ...tunggu...

No comments:

Post a Comment