Monday 22 July 2013

Mille Crepe lagi...

Salam Semua,,,

Sebelum ni saya pernah share mengenai mille crepe yang pertama kali saya buat kan. Hmm...hasilnya tak begitu mengembirakan. Minggu lepas saya try buat lagi sekali. Walaupun hasilnya tak setanding dengan sifu2 saya yang lain, tapi ianya ada peningkatan dan kalau rajin mencuba, saya pasti suatu hari nanti saya juga boleh buat sesedap dan secantik mereka. Hihi...tak salah berangan kan.

Sebelum tengok gambar mille crepe saya, saya akan kongsikan resepi mille crepe tersebut yang saya ambil dari Blog Kak Ita Masam Manis.



CREPE

140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

1) Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam kemudian diayak.
2) Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul.
3) Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi. Kacau rata hingga sebati.
4) Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin,
5) Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla. Kacau adunan hingga rata.Kemudian tapis. Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
6) Sediakan kuali leper yang tak melekat. Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan. Tak perlu di balikkan. Terus angkat.

VANILLA CREAM CUSTARD


200 ml whipping cream
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
1) Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.
2) Angkat dari dapur dan masukkan tepung dan tepung jagung.Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.
3) Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.
4) Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau hingga ia meletup-letup.
5) Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla. Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin. Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin.
6) Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk
Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.


Kemudian bolehlah dimulakan dengan proses melapis. Dimulakan dengan crepe, kemudian pipekan adunan whipping kastard tadi dan ditutup dengan crepe semula. Ulangi proses ini sehingga habis. Ok selesai....


Ini adalah adunan tepung yang telah disimpan selama 30 minit.


Di dadar di atas kuali. Dadar senipis yang mungkin ye.




Tara......dan inilah hasilnya Vanilla Bluberry Mille Crepe saya..nyummy tak?









Jangan baca je tau....balik ni jom buat...

Sunday 21 July 2013

ROTI GULUNG SOSEJ

Salam dan selamat pagi semua.

Ini adalah juadah yang saya buat semalam untuk berbuka. Cuci mata dulu la yer...


















Ni lah resepi mudah untuk orang malas macam saya...hihi..

Sedap tak? Sedap la...

Thursday 18 July 2013

MUFFIN CHOCOLATE

RESEPINYA :-


BAHAN A :

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair Ideal
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung

BAHAN B ( DIAYAK ):
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

BAHAN C :
4 biji telur - dipukul sehingga kembang
BAHAN TOPPING :
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar mentega

CARA MENYEDIAKAN :
1. Panaskan periuk pengukus dulu….
2. Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan panaskan dengan api yang perlahan (JANGAN SAMPAI MENDIDIH )….
3. Setelah bahan A sebati,masukkan bahan B serta bahan C dan gaulkan sebati.
4. Kemudian masukkan dalam loyang dan kukuskan selama 45 minit (kek) dan 20 minit untuk muffin.
UNTUK MEMBUAT TOPPING :
1. Campurkan kesemua bahan topping dan cairkan dengan kaedah double boiler.
2. Tuangkan ke atas kek/muffin anda..dan taburkan manik/ape2 hiasan untuk mencantikkan lagi kek anda!!








MUFFIN

Salam Ramadhan semua.....

Dah lama tak jengok blog ni semenjak bulan puasa rasanya...Balik kerja pukul 5 petang, rushing balik rumah sebab nak masak untuk berbuka. Sehingga hari ke 10 kita berpuasa, masih belum pecahkan rekod membeli lauk pauk di bazar ramadan. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, setiap petang lepas habis bekerja, saya akan singgah di bazar ramadan dan beli juadah berbuka dari lauk-pauk hinggalah air yang berjenis2 dan bermacam-macam colour.

Saya rasa masak sendiri lebih puas hati. Disamping menambah pahala dibulan yang mulia ini, ianya mengeratkan juga perhubungan diantara suami isteri apabila bersama-sama turun ke dapur menyediakan juadah berbuka.

Diantara juadah pencuci mulut yang telah dibuat adalah muffin.Senang dan cepat disediakan.


Muffin pisang


Ni resepinya. Mudah dan ringkas.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan minyak masak

1 cawan gula
3 biji telur
3 biji pisang
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara membuatnya:

Campurkan tepung naik sendiri dengan soda bikarbonat. Gaul rata
Lenyekkan pisang tadi
Pukul 3 biji telur bagi kembang sedikit
Masukkan gula dalam lenyekan pisang tadi gaul rata
Masukkan minyak dalam adunan tepung dan gaul.
Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul lagi.
Masukkan pisang dan gula yang telah digaul rata.
Biarkan beberapa minit.
Panaskan oven
Masukkan adunan dalam muffin cup.
Masukkan dalam oven kira2 20 minit.
Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek itu tidak melekat pada lidi dan masak elok.
SELAMAT MENCUBA YER..


Sunday 7 July 2013

PERCUBAAN PERTAMAKU-Vanilla Mille Crepe

Selamat pagi semua.


Resepi Vanilla Mille Crepe ni dah lama ku simpan dalam buku resepi kat rumah, tapi tak pernah try lagipun. Semalam baru berpeluang mencuba resepi ni sebab teringin nak rasa macam mana rasanya. Semua orang kata sedap. Area Klang ni tak nampak pun kedai bakery yang jual Mille Crepe ni. Nampak gayanya kena buat sendiri la.

Rupa bentuk crepe yang saya buat ni tak lah secantik hasil tangan blogger2 yang dah expert.Ni baru first try. Nak mendadar pun tak expert lagi tu sebab tebal sikit. Nanti next time boleh improve lagi kan...



Hihi...ni lah hasilnya. Kamera tak cantik so tak leh nampah dengan jelas kan. Tak pa..jom kita zoom sikit.















Tapi nak bagi tau....walaupun rupa buruk sikit...TAPI RASANYA......mabeles....rugi sapa tak pernah try. Sapa yang teringin boleh try buat dirumah atau beli terus di kedai kek yang berhampiran.

Monday 1 July 2013

KEK BESDAY ANISSA

Semalam baru berkesempatan untuk celebrate besday Anissa. Buat kecil-kecilan saja, hanya jemput jiran-jiran  sebelah rumah. Ni lah kek special untuk Kakak Anissa sempena menyambut besdaynya yang ke 7. Selamat Hari Jadi Sayang. Semoga diberi kesihatan yang baik dan hidupmu diberkati Allah Dunia dan Akhirat. Amin...