Thursday 24 January 2019

Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Istana Bandar (MITIB)

Assalamualaikum..

Lama x menulis blog ni..Semoga anda semua berada dalam rahmat Allah hendaknya...Amiin.....
Hari ni nak share sikit pasal MITIB sebab masa anak saya nak apply sekolah ni, saya try cari info pasal sekolah ni tapi tak banyak maklumat yang diperolehi tentang  MITIB ni. Harapan saya semoga perkongsian ini dapat membantu anda sekiranya bercadang nak hantar anak belajar di sini.
Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) adalah sekolah dibawah Jabatan Agama Islam Selangor dan mula beroperasi pada 2008. Objektif penubuhan adalah untuk melahirkan saintis dan profesional yang menghafaz dan menghayati Al-Quran,Mitib juga menjunjung misi untuk mendidik dan membentuk generasi Al-Quran bertaqwa yang ikhlas,berilmu,beramal,berakhlak mulia dan berketerampilan melalui sistem pendidikan integrasi dan holistik.

Syarat2 kemasukan ke MITS:

1.Murid dan ibu/bapa lahir di Selangor atau murid dan salah seorang ibu/bapa lahir di Selangor dan murid hendaklah tinggal di Selangot atleast 6 tahun
2.Mumtaz dalam PSRA dan minimum 5A1B
3.Boleh membaca Al-Quran dengan lancar, fasih dan bertajwid
4.Lulus PAFA
5.Aktif kokurikulum
6.Lulus Ujian kelayakan ke Mits

Anak saya mengisi borang permohonan melalui borang yang diedarkan oleh pihak sekolah. Selepas keputusan PSRA diumumkan, pihak sekolah hanya akan memilih pelajar yang layak utk diisi borang permohonan seterusnya melalui  onnline. Pelajar yang terpilih akan dipanggil untuk menghadiri interview dan akan dihubungi melalui pihak sekolah masing2.

13/12/2018- Alhamdulillah anak saya dipanggil untuk ditemuduga di MITS.












Gambar kakak dan kawan-kawan yang sama sekolah dengan kakak semasa menghadiri seisi interview.


Dua minggu sebelum seisi persekolahan 2019 bermula, Alhamdulillah saya dihubungi oleh pihak MITS mengatakan bahawa anak saya berjaya ditawarkan ke sekolah tersebut. Syukur Alhamdulillah, Allah perkenankan doa saya dan keluarga.

7/1/2019-Kakak mendaftar di MITS..








                                 
                                          Ni Dorm kakak, nasib kakak dapat katil bawah


                                         Dorm paling atas sekali..hihi..boleh kurus la kakak nanti


                                         Locker kakak, belum sempat nak kemas lagi time ni.

Semoga kakak berjaya menjadi seorang hafizah dan juga cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Menjadi seorang muslimah yang taat pada Allah dan juga keluarga serta menjadi kebanggaan keluarga . Amiinnn...