Wednesday 20 November 2013

SEPANG GOLDEN PALM TREE

Salam semua..

Cuti sekolah dah bermula. Mungkin ramai yang bercadang untuk membawa keluarga pergi bercuti atau mungkin ada yang masih tercari-cari tempat yang ingin dikunjungi time cuti sekolah ni. Salah satu tempat yang menarik dan juga agak ekslusif ialah di Sepang Golden Palm Tree. Bagi yang ingin berehat sambil menikmati keindahan alam, tempat ini mungkin sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.


                      Pemandangan dari Smiley Beach semasa air surut




                      Pemandangan yang sangat indah dan tenang


Perkhidmatan basikal juga disediakan untuk ke sesuatu tempat di dalam kawasan tersebut



                     Nak tengok gambar lagi....Jom cuci mata....






Ruang veranda yang sesuai untuk bersantai-santai waktu petang..Cuma sayang tak  boleh memancing.  Kalau boleh memancing lagi best.


                     Boleh nampak banyak ikan todak kat bawah rumah tu...Macam comel jerk...


          Bilik tidur yang sangat selesa...Baring atas katil, bila buka mata terbentang luas lautan di
         depan......


  Bilik air yang seksi...hihi...boleh nampak luar dalam. Kena hati2..Jangan lupa tarik langsir      
  hingga ke bawah bila nak masuk dalam bilik air ni. Kalau tak wayang free...




 Dah puas berehat, dah puas tidur, jom kita mandi di infinity swimming pool...Tempat yang
diminati terutamanya kanak-kanak...Masa yang ditunggu2....jom terjun!!!!


                                Fuh...tengok swimming pool ni terus ke laut..hihi


                      Gambar kakak dengan abang yang mandi time tengahari buta....


     Suasana di swimming pool ketika menjelang senja.....syahdu  le pulak.....

Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan disini...Nanti saya sambung part 2 pulak yer....babai.....




Makan,makan dan makan

Cuti sekolah dah start ni. Aktiviti anak2 bila cuti sekolah. Tidor, TV, Games,Makan....Makan, Games, TV dan tidor balik. Haha...mama dgn ayah still kena kerja walaupun diaorang cuti sekolah. Jadi hari Isnin hingga Jumaat inilah aktiviti wajib anak2..kesian kan. Nak hantar diaorang balik kampung, tapi diaorang yang tak nak.

Aktiviti mama time anak2 cuti sekolah ni pulak...tentulah bab masakan dan makanan. Pening nak pikir apa menu time cuti sekolah ni. Apa nak masak time breakfast, lauk apa untuk lunch, nak makan apa time minum petang dan nak makan apa untuk makan malam ni......hihi...bukan senang tau jadi mama ni.

Menu yang paling popular untuk breakfast....nasi goreng dan cokodok pisang. Cokodok pisang ni makan  time panas,,,hmmmm paling best.


Lunch pulak, budak2 kat rumah ni suka ayam. Ayam masak apa pun tak apa, asalkan ayam...


Kudap-kudap time tengok tv. Tengok dalam peti ais banyak lagi bahan untuk buat biskut, jadi merajinkan diri untuk buat biskut walaupun bukan time hari raya...


Ni pulak desert....aiskrim goreng dan agar2 coklat. Aiskrim goreng paling laris. Baru je goreng letak dalam piring, bila pusing belakang balik, tara.....dah habis diaorang ngap!!!

Japanese cotton cheesecake

Hai semua...

Bagi penggemar cheese cake, kali ini saya kongsi satu resepi cheese cake yang sangat-sangat sedap dan mudah disediakan. Teksturnya yang gebu, halus dan lembut membuatkan bila makan sepotong nak tambah berpotong-potong lagi. Tak percaya? Haha....try resepi ni dulu dan anda pasti akan akan merindui kesedapan dan kelazatannya.

Japanese Cotton Cheesecake



 Jom tengok apa resepinya :



Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 camb jus lemon
1/4 camt garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 camt jus lemon

Cara-caranya;
1. Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler.
2. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
3. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus
lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati.
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama krim tartar, sampai
berbuih-buih (foamy).
5. Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
6. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah
gebu tu & kacau sampai sebati.
7. Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digriskan
bawahnya & tepi tu salut dengan kertas baking.
8. Tuang adunan kek dalam tin kek. Bakar kek dalam kira-kira sejam,
dengan cara au bain-marie (waterbath), pd 160°C

 Hah...senangkan. Ni lah hasil kek yang dah saya buat.





 Saya letakkan sedikit perisa strawberry di tengah adunan kek. Tapi rasanya kalau tak letak perisa  strawberry tu lagi sedap kot...original punya yg terbaik..

Ataupun boleh letak strawberry atau blueberry filing kat atas kek tu,,,perghh..sedap weh...






Selamat mencuba semua yer...