Wednesday, 30 October 2013

PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum....

Cuti hujung minggu...tak tau nak pergi mana. Pantai yang paling dekat dengan rumah saya adalah Pantai Morib.Disebabkan anak2 mintak nak mandi pantai, jadi saya bercadang pergi jauh sikit dari Pantai Morib iaitu Pantai Bagan Lalang. Lebih kurang 1 jam 15 minit masa yang diambil untuk sampai ke tempat ni kalau dari rumah saya di Teluk Panglima Garang.

Air laut ni tak lah secantik di PD, tapi bolehla nak lepaskan rindu kalau nak tengok ombak kat pantai.


Semasa air surut



Pantai ni juga bersebelahan dengan Sepang Gold Coast Golden Palm Tree. Rumah atas air yang berbentuk pokok kelapa tu...Kitaorang tak la menginap kat situ sbb harga satu malam pun dan ber"K" ++++..Maklumlah taraf 5 bintang.

Ni la aktiviti anak2 ku....dah tak sabar nak main air. Mukadimmahnya dimulakan dulu dengan aktiviti bermain pasir.....


Aktiviti mencari harta karun agaknya..

 

 Dah dapat harta karun dah ker?


 
 Si baby dengan kakak sengaja nak basahkan baju diaorang, sebab kalau baju basah boleh start mandi dah.....
  


Akhirnya........tada.....sibudak comot


 

 

 



Main layang-layang....tapi tak naik2...hihi...ni la budak2 zaman sekarang. Main game expert la...
 

 

 


Sekejap jer datang sini....Lain kali kami nak datang sini lagi yer mama....Walaupun cuma dapat mandi sekejap jer, tapi ok la dari duduk lepak kat rumah kan.....
 

BESDAY PUTRA ZAREES NAIL

Salam untuk semua...

Dah berbulan2 tak update blog ni. Mungkin tak de idea atau pun tak ada benda yang nak di share bersama korang semua. Apa yang saya nak cerita hari ni pun sebenarnya tentang hari jadi anak saya yang bongsu iaitu baby Zarees Nail yang jatuh pada 7 Oktober 2013 yang lepas. Hihi....ni cerita yang dah basi kot sebab dah sebulan dah ceritanya.

Oleh kerana anak saya ni memang minat dengan bola...jadi saya bercadang nak buat kek bola sempena hari jadinya yang ke 3. Sebelum ni tak pernah buat pun kek yang seumpama dengannya, kira ni percubaan pertama saya. Tetapi oleh kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan, misi membuat kek ini terpaksa ditangguh dan ditangguh dari hari kesehari sehinggalah pada tarikh hari jadinya pun,,,sebijik kek pun tak kelihatan. Kesian baby....besday dia tak de kek.....



Tiga tahun lepas,,,,tepat 9.30 pagi 7 Oktober 2010...seorang bayi lelaki seberat 3.08 telah selamat dilahirkan di Hospital Banting. Bayi ini kemudian dinamakan dengan Muhammad Putra Zarees Na'il Bin Hairol Hanim. Aduh....kesian....panjang sungguh nama baby. Nama ini terhasil dari campuran idea 3 orang tersayang iaitu tokwan, ayah dan mama baby sendiri...Muhammad adalah nama yang Tokwan bagi. Putra pula nama  yang dipilih oleh suami sebab time pregnant tu, setiap petang pukul 7 ada cerita Tentang Dhia lakonan Adi Putra. Suami saya gila sangat dkt Adi Putra dan minta saya namakan baby ni dgn nama Adi Putra.

Setelah ditapis, saya dan suami bersepakat memilih Putra dan Zarees Nail tu adalah nama yang dah lama saya simpan utk baby ni kalau dia baby boy. Jadi setelah dicampur tolak bahagi darab....hasilnya adalah Muhammad Putra Zarees Na'il. Mesti baby marah bila masuk sekolah nanti sebab kena tulis nama panjang sangat.


Semasa berumur satu tahun


 
Umur 2 tahun



 Umur 2 1/2 tahun



 Umur 3 tahun


Berbalik pada cerita kek tadi...inilah hasil kek yang berjaya disiapkan setengah jam sebelum acara sambutan harijadi bermula....HUHU.....rushing sungguh buat kek ni...



Kek aiskrim strawberry..Oleh kerana masa tak mengizinkan...hanya sempat deko bentuk bola kat atas kek ni saja. Dengan tangan yang terketar2..hihi...ni lah hasilnya. Nak lukis line pun jadik senget...Sori baby....




 Kakak Anis dengan Baby Nail


Tiup kuat-kuat baby




Seperti biasa kami akan menyambut besday Nail di rumah Baby Sitter. Lagipun dah pukul 8.00 malam...semasa jemput anak2 dari rumah baby sitter, terus celebrate kat sana. Semua org malu nak bergambar time ni, termasuk anak2 baby sitter, malu katanya!....

Apapun, untuk baby Nail, semoga menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan kedua ibu bapa, diberkati hidupmu dunia akhirat....Amin. Mama, Ayah, Abang dan kakak sayang Nail....

Babai...

Monday, 30 September 2013

PAVLOVA


Tengok gambar je dulu...Resepinya kemudian saya share ye..





Hmmmmm......Nyummmmmy tak????

STRAWBERRY MILLE CREPE


Hi....

Strawberry Mille Crepe ni adalah untuk besday anak kawan saya..









Sori....isi dalam mille crepe ni tak boleh tengok sebab kek ni org dah oder,,so tgk luar je la sbb tak boleh potong. Tapi rupa dalamnya lebih kurang macam ni la..




Tara.......korang pun boleh try buat kat rumah kalau nak try macam mana rasanya yer....Resepi dah bagi hari tu kan..

Babai....

kek conteng menconteng

Salam semua...

Dah lama tak jengok blog ni. Tak sempat nak menaip sejak akhir-akhir ni. Bizi dengan tugas seharian yang tak habis-habis. Walaupun tak sempat berkongsi di dalam blog ni, tapi hobi saya masih diteruskan macam biasa. Masih tak jemu mengupgrade ilmu masak memasak ni. Walau sesibuk macam mana pun, hihi masih berjaya mencuri waktu yang terluang walaupun sedikit, masuk ke dapur untuk berlatih memperbaiki skill membuat kek terutamanya.

Ni di antara hasil air tangan saya yer....





Ni kek untuk anak baby sitter saya. Kek ni tema dekonya conteng menconteng...Haha...dah tak ada idea dah ni nak mendeko agaknya. Tapi ok la jugak kan...

Monday, 22 July 2013

Mille Crepe lagi...

Salam Semua,,,

Sebelum ni saya pernah share mengenai mille crepe yang pertama kali saya buat kan. Hmm...hasilnya tak begitu mengembirakan. Minggu lepas saya try buat lagi sekali. Walaupun hasilnya tak setanding dengan sifu2 saya yang lain, tapi ianya ada peningkatan dan kalau rajin mencuba, saya pasti suatu hari nanti saya juga boleh buat sesedap dan secantik mereka. Hihi...tak salah berangan kan.

Sebelum tengok gambar mille crepe saya, saya akan kongsikan resepi mille crepe tersebut yang saya ambil dari Blog Kak Ita Masam Manis.



CREPE

140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

1) Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam kemudian diayak.
2) Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul.
3) Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi. Kacau rata hingga sebati.
4) Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin,
5) Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla. Kacau adunan hingga rata.Kemudian tapis. Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
6) Sediakan kuali leper yang tak melekat. Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan. Tak perlu di balikkan. Terus angkat.

VANILLA CREAM CUSTARD


200 ml whipping cream
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
1) Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.
2) Angkat dari dapur dan masukkan tepung dan tepung jagung.Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.
3) Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.
4) Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau hingga ia meletup-letup.
5) Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla. Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin. Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin.
6) Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk
Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.


Kemudian bolehlah dimulakan dengan proses melapis. Dimulakan dengan crepe, kemudian pipekan adunan whipping kastard tadi dan ditutup dengan crepe semula. Ulangi proses ini sehingga habis. Ok selesai....


Ini adalah adunan tepung yang telah disimpan selama 30 minit.


Di dadar di atas kuali. Dadar senipis yang mungkin ye.




Tara......dan inilah hasilnya Vanilla Bluberry Mille Crepe saya..nyummy tak?









Jangan baca je tau....balik ni jom buat...

Sunday, 21 July 2013

ROTI GULUNG SOSEJ

Salam dan selamat pagi semua.

Ini adalah juadah yang saya buat semalam untuk berbuka. Cuci mata dulu la yer...


















Ni lah resepi mudah untuk orang malas macam saya...hihi..

Sedap tak? Sedap la...