Dah berbulan2 tak update blog ni. Mungkin tak de idea atau pun tak ada benda yang nak di share bersama korang semua. Apa yang saya nak cerita hari ni pun sebenarnya tentang hari jadi anak saya yang bongsu iaitu baby Zarees Nail yang jatuh pada 7 Oktober 2013 yang lepas. Hihi....ni cerita yang dah basi kot sebab dah sebulan dah ceritanya.
Oleh kerana anak saya ni memang minat dengan bola...jadi saya bercadang nak buat kek bola sempena hari jadinya yang ke 3. Sebelum ni tak pernah buat pun kek yang seumpama dengannya, kira ni percubaan pertama saya. Tetapi oleh kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan, misi membuat kek ini terpaksa ditangguh dan ditangguh dari hari kesehari sehinggalah pada tarikh hari jadinya pun,,,sebijik kek pun tak kelihatan. Kesian baby....besday dia tak de kek.....
Tiga tahun lepas,,,,tepat 9.30 pagi 7 Oktober 2010...seorang bayi lelaki seberat 3.08 telah selamat dilahirkan di Hospital Banting. Bayi ini kemudian dinamakan dengan Muhammad Putra Zarees Na'il Bin Hairol Hanim. Aduh....kesian....panjang sungguh nama baby. Nama ini terhasil dari campuran idea 3 orang tersayang iaitu tokwan, ayah dan mama baby sendiri...Muhammad adalah nama yang Tokwan bagi. Putra pula nama yang dipilih oleh suami sebab time pregnant tu, setiap petang pukul 7 ada cerita Tentang Dhia lakonan Adi Putra. Suami saya gila sangat dkt Adi Putra dan minta saya namakan baby ni dgn nama Adi Putra.
Setelah ditapis, saya dan suami bersepakat memilih Putra dan Zarees Nail tu adalah nama yang dah lama saya simpan utk baby ni kalau dia baby boy. Jadi setelah dicampur tolak bahagi darab....hasilnya adalah Muhammad Putra Zarees Na'il. Mesti baby marah bila masuk sekolah nanti sebab kena tulis nama panjang sangat.
Semasa berumur satu tahun
Umur 2 tahun
Umur 2 1/2 tahun
Umur 3 tahun
Berbalik pada cerita kek tadi...inilah hasil kek yang berjaya disiapkan setengah jam sebelum acara sambutan harijadi bermula....HUHU.....rushing sungguh buat kek ni...
Kek aiskrim strawberry..Oleh kerana masa
tak mengizinkan...hanya sempat deko bentuk bola kat atas kek ni saja.
Dengan tangan yang terketar2..hihi...ni lah hasilnya. Nak lukis line pun
jadik senget...Sori baby....
Kakak Anis dengan Baby Nail
Tiup kuat-kuat baby
Seperti biasa kami akan menyambut besday Nail di rumah Baby Sitter. Lagipun dah pukul 8.00 malam...semasa jemput anak2 dari rumah baby sitter, terus celebrate kat sana. Semua org malu nak bergambar time ni, termasuk anak2 baby sitter, malu katanya!....
Apapun, untuk baby Nail, semoga menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan kedua ibu bapa, diberkati hidupmu dunia akhirat....Amin. Mama, Ayah, Abang dan kakak sayang Nail....
Babai...
No comments:
Post a Comment