Assalamualaikum....
Cuti hujung minggu...tak tau nak pergi mana. Pantai yang paling dekat dengan rumah saya adalah Pantai Morib.Disebabkan anak2 mintak nak mandi pantai, jadi saya bercadang pergi jauh sikit dari Pantai Morib iaitu Pantai Bagan Lalang. Lebih kurang 1 jam 15 minit masa yang diambil untuk sampai ke tempat ni kalau dari rumah saya di Teluk Panglima Garang.
Air laut ni tak lah secantik di PD, tapi bolehla nak lepaskan rindu kalau nak tengok ombak kat pantai.
Semasa air surut
Pantai ni juga bersebelahan dengan Sepang Gold Coast Golden Palm Tree. Rumah atas air yang berbentuk pokok kelapa tu...Kitaorang tak la menginap kat situ sbb harga satu malam pun dan ber"K" ++++..Maklumlah taraf 5 bintang.
Ni la aktiviti anak2 ku....dah tak sabar nak main air. Mukadimmahnya dimulakan dulu dengan aktiviti bermain pasir.....
Aktiviti mencari harta karun agaknya..
Dah dapat harta karun dah ker?
Si baby dengan kakak sengaja nak basahkan baju diaorang, sebab kalau baju basah boleh start mandi dah.....
Akhirnya........tada.....sibudak comot
Main layang-layang....tapi tak naik2...hihi...ni la budak2 zaman sekarang. Main game expert la...
Sekejap jer datang sini....Lain kali kami nak datang sini lagi yer mama....Walaupun cuma dapat mandi sekejap jer, tapi ok la dari duduk lepak kat rumah kan.....
No comments:
Post a Comment