Wednesday, 26 February 2014

TEMAN AYAH JOGGING


Hari Ahd lepas, baru hubby free.Selalu setiap minggu hari Sabtu dan Ahad, hubby sibuk dengan event kat luar. Rasanya dah lama abang tak berjogging..hihi...memang pun, dah bertahun tak joging pun. Jadi hari ni hubby ajak kitaorang teman dia berjoging kat taman. Baru 2 round, dah pancit. Anak2 kata, napa ayah tak lari, asik berjalan jer....Hihi.....komplen ayah ye...

Sambil hubby berjoging, mama sebok amik gambo budak-budak ni. Tak de kerja lain nak buat dah ni!!!!
















Nah...amik...banyak gambo nih....kitaorang praktis selfi sebenarnya.....jgn mare......

Gambar abang Kimi tak de sebab dia malas nak ikut kitaorang.....joging dalam bilik jer katanya.....adoi.....

Adios......

CHOC MOIST PUNYA CERITA

Hai...

Sebenarnya dah lama nak tanya korang tentang kek coklat moist ni. Rasanya dalam banyak2 kek, kek ni lah yang paling senang nak buat dan yang paling disukai ramai. Tapi dalam banyak2 kek yang aku buat, kek ni la yang selalunya failed. Dah google macam2 resepi, tapi hasilnya tak seperti kek orang lain. Hurm...kadang2 dah frust nak buat, tapi setakat hari ni masih lagi cuba dan mencuba. Haha...jangan gelakkan!!!

Tengok orang lain buat, struktur kek sangat cantik....gebu...lembut. Tapi kenapa bila aku buat, strukturnya jadi padat dan kadang2 tak jadi kek pun, dah jadi macam kuih pulak..Dah cuba resepi yang kena masakkan dulu koko, dah cuba resepi yang guna air sejuk dari peti ais, dah guna versi bakar dan versi kukus, tapi failed jugak.

Kalau korang expert buat kek ni....boleh share dgn kita...Bolehkan .....

Ni coklat cup cake yang buat malam tadi....rupa ok la....tapi struktur tak cantik langsung.....


                                                                     Coklat muffin




Ni pulak aku buat time majlis makan-makan kat opis....Hasilnya aku bagi 1 setengah bintang jer..huhu...


Kek coklat versi bakar


Tak sempat nak snap gambar kek yang telah dipotong.....Dah masuk mulut dah. Dua2 kek ni aku guna versi bakar. Tapi yang atas tu basah sikit dan kek yang bawah ni kering pulak....Tak tau mana silapnya.....

Hurm....merajuk dah nak buat kek ni....

Babai la.....





Tuesday, 25 February 2014

RUTIN HARIAN KU

Salam semua...

Jarang dah nak update blog ni...tak de cerita yang boleh dikongsi bersama. Setiap hari rutin seharian, sama tak berubah. Bangun pagi siapkan anak ke sekolah, bersiap untuk ke pejabat, sampai pejabat tot tet tot tet, pot pet pot pet dah pukul 1. Lunch dengan adik2 kat opis ni, gosip itu ini sampai habis lunch. Sambung kerja, pukul 6 balik rumah. Kalau jalan tak jam pukul 6.45 sampai rumah. Mandi, sembahyang, makan dan curi-curi tengok citer akasia sampai pukul 8.00. Ambik anak dari rumah baby sitter dan singgah jap kedai untuk beli barang keperluan harian. Sampai rumah antara pukul 9.00-9.30 malam.

Sembang dengan anak2 pasal apa yang berlaku hari ini, pasal perkara di sekolah dan check kerja sekolah anak2...jam pun dah pukul 10.30. Tido malam memang awal, tidokan si kecik tu, mama dia pun tidur sekali...ZZZZZzzzzzzzzzzzz........

Bangun pukul 5.30 pagi. Iron baju sekolah anak2 dan baju kerja sendiri, sediakan baju untuk dibawa ke rumah baby sitter, check jadual sekolah kakak, dan kemas rumah sikit sampai pukul 6.15. Mandi, solat dan prepare breakfast untuk kakak bawak ke sekolah. Pukul 6.30 kejutkan hubby dan anak2...pukul 7.00 pagi keluar hantar anak ke sekolah.

Haha......esok pun sama....buat benda yang sama.......Korang pulak camana?

Wednesday, 5 February 2014

ALKISAH SAMOSA

Salam dan selamat petang....

Petang semalam bila bukak peti ais, nampak kulit popia yang dah tak tau berapa lama dah beli tapi masih belum dimakan. Tengok ada 5 biji kentang dlm fridge...mmmm..buat samosa la, asik buat karipap je. Jadi buat la intinya dulu. Bila dah siap masak inti dengan konfidennyer amik kulit popia tu dan try melipat...

Ni first time buat samosa tau. Aritu tengok dalam youtube senang jerk.....hihi..lipat punya lipat..lipat dan lipat...pesal pelik rupanya...Hubby intai dari jauh. Apa la yang mama tgh buat tu...Muka dah jadik merah...geram betol napa gulung samosa aku tak cantik cam diaorang buat....

Arrgggh.....bang, pinjam hanpon jap. Nape? Nak bukak youtube camana nak lipat benda ni. terkebil2 hubby cari youtube camana nak lipat si samosa tu.  haha....eh,,,,hari tu bukan cakap senang je ke buat samosa tu...adoi!...time cenggini nak perli2 pulak....Nah tengok ni camana nak gulung sambil hulurkan hanpon tu pada aku....

Haha...patutlah tak jadi...rupanya kulit popia tu potong tiga baru cantik rupanya....tadi aku cuma potong dua bahagian jer....lepas tu....apalagi....kerja lipat melipat sehingga habis inti....haha...

Moralnya....benda yg nampak senang belum tentu senang nak jadi kalau tak tau cara dan teknik yang betul. dan yg penting, jangan over konfiden.....

Bai.....



Ni la rupanya samosa ku....tak cantik....lain kali praktis lagi.....

Tuesday, 4 February 2014

ANIS DAN NAIL

Hai....

Gambar mama, anis dan nail. Saja suka-suka....








COMEI TAK...........................................hihi....paksa kena cakap comei jugak...tau..!

KENDURI CUKUR JAMBUL MEDINA

Salam semua...

Cuti tahun baru cina yang lepas, kami sekeluraga balik ke kampung di Felda Trolak Selatan sebab adik yang bongsu akan mengadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul anak mereka yang pertama Nur Sofia Medina...

Ni gambar yang sempat di ambil semasa majlis tempohari...
 


 Ni gambar adik-beradik saya....Lapan perempuan dan 4 lelaki. Seorang tak dapat datang sebab anaknya admit di hospital...Dari kiri adik saya iaitu anak yang ke 8 (Ju), Kak Long (sulong), kak ida (no 3), fairus (no 10), Wahida (no 9) dan saya...Depan tu yang comel anak bongsu saya Zarees Nail dan Anissa anak kedua saya yang pakai baju pink tu...Dan juga yg berdiri di depan Airees dan juga Emir....








 Marhaban ya Marhaban......


Inilah ibu dan ayah Nur Sofia Medina.....Hihi...pandai ayahnya pegang baby kan....Ibu ni asik nak posing jer...




Hai semua,,,saya Medina. Macam comei kan...macam cantikkan......memang comei pun baby....

BESDAY AISYE DAN ADEELIA

Salam semua...

Sebelum pulang bercuti ke kampung, sempat buat 2 biji kek. Sebiji untuk besday anak saudara iaitu Aisye dan Adeelia dan sebijik lagi untuk anak bongsu saya si Zarees Nail. Mengikut perancangan ibu aisye, majlis sambutan besday mereka akan disambut di rumah atok di Trolak. Tetapi, kita hanya merancang tuhan yang menentukan.

Pada hari tersebut, Aisye telah dimasukkan ke DEMC kerana disyaki denggi. Kesian kan. Petang tu jugak selepas kek dah siap, kami sekeluarga melawat Aisye dan juga nak hantar kek tersebut dan terus bergerak balik ke kampung.



Ni lah kek special tuk Aisye dan adiknya Adeelia.....Hepi Besday Aisye Dan Adeelia, semoga menjadi anak yang solehah, Amin. Semasa entri ini ditulis, Aisye telah pun sihat dan kembali ke sekolah. Sedap tak kek Mak Teh ni....


Aleesya dan Airees juga datang melawat Aisye dan tuk sama-sama celebrate besday kat hospital ni..



Haha...ni pulak kek untuk Zarees Nail. Dia tengok kek kakak Aisye, dia pun sebok nak jugak. Sticker tu pun awal-awal lagi dia dah bedal, ngap masuk mulut dia....ish...ish...baby...