Wednesday, 18 March 2015

Projek Hari Ini



Salam semua,

Hari ini ada misi yang perlu dibuat. Setelah beberapa hari planning, akhirnya hari yang ditunggu tiba jua.Harap-harap semua berjalan lancar dan dipermudahkan, Aamiin...

Apa misinya...hihi..nanti aku akan updatekan.Tapi nak share sikit cerita yang berlaku dalam minggu ni. Cuti sekolah yang start 14/3/2015 ni, disebabkan keadaan kesihatan hubby yang masih belum mengizinkan untuk bercuti-cuti malaysia ditambah pula dengan kesibukan kerjaku yang padat, aku suruh hubby bawak anak2 balik kampung jer. Dah lama tak balik kampung, jadi cuti sekolah ni boleh duduk puas-puas kat kampung jumpa atok dan tokwan. Nampaknya aku kena dok sorang la kat rumah ni. Tak pe la berkorban untuk anak2 lagi pun kesian kat dia orang cuti sekolah tak g mana-mana.

Jadinya, bertolak lah mereka 4 beranak ke kampung pada Ahad petang 15/3/2015 yang lepas. Aku dah plan macam-macam sepanjang diaorang tak de kat rumah ni bolehlah kemas rumah, basuh kain, kemas dapur, kemas almari dan kemas apa2 jelah untuk menghilangkan rasa boring ni. Ni aktiviti yang aku buat untuk isi masa lapang.

Ahad 15/3/2015 petang

Diaorang bertolak pukul 1 tengahari dan sampai tanjung malim pukul 2.50 petang. Hubby bawak slow je tu sebab tangan dia belum ok lagi. Lagipun aku dah pesan jangan bawak laju2, biar lambat asal selamat. Hati dah lega bila tau diaorang dah selamat sampai. Petang ni plan nak buat kek untuk member opis. lagipun dah lama janji nak buatkan mille crepe ni . Start buat adunan pukul 6 petang, lepas bancuh adunan simpan dulu dlm peti ais dan sambung semula pukul 8.00 mlm. Resepi mille crepe boleh check entry sebelum ni.




Di bawah ni gambar semasa proses penyediaan kek






Ada mesin nak melempeng ni senang la nak melempeng.....Jadi malam ni settle dah...kek ni siap dalam pukul 10.00 malam. Kemas bahan kek dan rilek2 kejap pastu pukul 11 mlm masuk bilik tido.. Selamat malam semua...ZZZZZZZZZZZ


Nanti sambung lagi...









No comments:

Post a Comment