Salam Semua....
15 tahun yang lalu, pada hari ini aku bergelar ISTERI kepada suami tercinta. Perkenalan selama 8 tahun sejak dari bangku sekolah akhirnya berakhir ke jinjang pelamin. Setalah pelbagai peristiwa suka duka, sedih dan gembira dilalui bersama akhirnya hajat dan hasrat kami tercapai. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana memilih dia sebagai jodohku.
Kini....
Setelah 15 tahun bergelar isteri, kami dikurniakan 3 orang anak sebagai penyambung waris kami. Terima kasih Allah kerana memberikan kami sebuah keluarga yang bahagia, seorang suami yang penyayang dan anak-anak sebagai penyeri dan pelengkap hidup kami. Tiada harta yang lebih bernilai di dunia ini selain daripada keluarga dan anak2 yang telah kau amanahkan kepada kami.
Untuk suami yang tersayang :-
Terima kasih kerana sentiasa menyayangi diri ini,
Terima kasih kerana menjadi suami penyayang dan baik hati,
Terima kasih kerana menjadi suami yang sanggup dan sabar
melayani karenah dengan penuh kelembutan,
Terima kasih kerana menatang diri ini dengan penuh kasih sayang,
Tiada kata yang mampu diungkapkan
melainkan diri ini sangat bersyukur dan
sangat bahagia hidup bersamamu
Adanya Cinta Kita adalah kerana adanya CintaNya bersama kita,
Moga Dia membawa cinta kita sampai ke Syurga milikNya,
Amin.....

Malam tadi sempat curi masa buat kek untuk annivesary kami. Inilah hasil kek yang hanya disiapkan dalam masa kurang dari 2 jam...
ENGLISH LEMON CAKE
Babai dulu....esok sambung ye.
No comments:
Post a Comment