Tuesday, 27 May 2014

HAPPY 15TH WEDDING ANNIVESARY

Salam Semua....

15 tahun yang lalu, pada hari ini aku bergelar ISTERI kepada suami tercinta. Perkenalan selama 8 tahun sejak dari bangku sekolah akhirnya berakhir ke jinjang pelamin. Setalah pelbagai peristiwa suka duka, sedih dan gembira dilalui bersama akhirnya hajat dan hasrat kami tercapai. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana memilih dia sebagai jodohku.

Kini....

Setelah 15 tahun bergelar isteri, kami dikurniakan 3 orang anak sebagai penyambung waris kami. Terima kasih Allah kerana memberikan kami sebuah keluarga yang bahagia, seorang suami yang penyayang dan anak-anak sebagai penyeri dan pelengkap hidup kami. Tiada  harta yang lebih bernilai di dunia ini selain daripada keluarga dan anak2 yang telah kau amanahkan kepada kami.  




Untuk suami yang tersayang :-

Terima kasih kerana sentiasa menyayangi diri ini,
Terima kasih kerana menjadi suami penyayang dan baik hati,
Terima kasih kerana menjadi suami yang sanggup dan sabar
melayani karenah dengan penuh kelembutan,
Terima kasih kerana menatang diri ini dengan penuh kasih sayang,
Tiada kata yang mampu diungkapkan
melainkan diri ini sangat bersyukur dan
sangat bahagia hidup bersamamu
Adanya Cinta Kita adalah kerana adanya CintaNya bersama kita,
Moga Dia membawa cinta kita sampai ke Syurga milikNya,
Amin.....


Malam tadi sempat curi masa buat kek untuk annivesary kami. Inilah hasil kek yang hanya disiapkan dalam masa kurang dari 2 jam... 


                                                 ENGLISH LEMON CAKE





 Babai dulu....esok sambung ye.
 

Friday, 9 May 2014

KEK SPAN COKLAT




Kek Span Coklat
Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama
   5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan
   lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.


 SELAMAT MENCUBA





Tiramitsu kek dan Coklat kek



 Ni Kek Coklat untuk besday adik kat office kita. Terpaksa bersekongkol dgn hubby dia untuk buat surprise pada hari jadi dia. Nasib baik semua yang telah dirancang berjalan dengan sempurna. Yang pastinya IIfa Mawar happy hari tu...



 Ni la dia tuan punya besday girl. Untung Iifa dapat hubby yang romantik dan sanggup buat surprise untuk dia...Sweet kan...(sori ifa...letak gambaq hang kat sini...amik dalam fb)





Ni pulak Kek Tiramitsu untuk besday anak Layhoon. Harap u suker ye LayHoon....Lain kali oder lagi tau..

OKBAI.....


TIPS UNTUK ELAKKAN EDIBLE IMEJ BERKEDUT

Salam semua,

Baru-baru ni try buat kek yang menggunakan edible imej kartun yang ditampal di atas kek. Masa mula-mula tampal ok, cantik....tapi bila dah masuk dalam peti, tengok-tengok gambar kartun tu dah mengelembung. Alamak...frust sangat. Selapas tu baru la google nak cek apa punca jadi macam tu dan bagaimana cara untuk mengelakkan dari imej tu gelembung dan berkedut-kedut.

Jadi, untuk kawan2 yang baru nak belajar macam saya, disini diberikan sedikit tips supaya next time bila nak tampal imej edible ianya dapat membantu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


~ Untuk kek yg menggunakan fresh cream 

a)Sapu rata marjerin atau butter pada bahagian belakang Edible Imej sebelum ditampal pada kek

Atau pun.....


b)Cairkan coklat msakan putih dan tampalkan di belakang Edible Imej. Tunggu sehingga keras dan barulah ditampal pada kek 
  

Dan inilah kek yang telah saya buat tempohari..

Choccolate cake

 Sori..fresh cream sapu tak rata. Maklumlah baru setahun jagung berjinak-jinak dalam aktiviti membaking ni dan sedang berusaha menambah ilmu dalam bidang yang baru diminati. Harap-harap suatu hari nanti boleh jadi seorang 'pembuat kek' yang hebat...Ecek-ecek err....InsyaAllah...Amin