Salam semua...
Selamat hari Jumaat....Hari ni rasa rinduuu sangat nak balik kampung. Last balik kampung time cuti raya cina ari tu, lebih kurang dah 2 bulan lah tak balik kampung. Huhu....rindu sangat kat mak dan abah. Seronok bila berpeluang duduk lama-lama kat kampung. Tenang dan mendamaikan. Teringat zaman budak-budak dulu.Permainan yang paling glamer 'tuju tin'. Budak2 sekarang mungkin tak berpeluang melihat permainan ni lagi disebabkan zaman sekarang budak2 lebih terdedah pada mainan di alam cyber..huhu...kesian.Selain permainan tuju tin, permainan lain macam galah panjang, zero point,tuju kasut dan untuk budak perempuan..hihi...main masak-masak. Ingat lagi bila time main masak2, curi minyak kat dapur sikit, telur pastu main kat belakang rumah.
Semua tu hanya tinggal kenangan. Kawan2 semasa kecik pun dah lama tak jumpa sekarang. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Cuma bila time hari raya, sekali sekala boleh jumpa diaorang...
Malam tadi dah bincang dgn hubby, minggu ni balik kampung jugak. Tapi pagi tadi, mak bagitau esok dia nak datang putrajaya. So tak jadi la nak balik kampung, jumpa diaorang kat Putrajaya esok. Yea......tak sabar esok....
Ni la gambar mak dengan abah. Alhamdulillah kerana Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mereka berdua. Semoga Allah memelihara mereka, Amin Ya Rabbal Alamin....
Ni gambar dengan mak masa Family Day 2012 di Pangkor. Time ni kita muda lagi..hihi..Tengok, gambar Kimi yang dipaksa bergambar. Muka tak puas hati dia..Alahai macam-macam si Abang Kimi ni...
No comments:
Post a Comment