Thursday, 20 June 2013

DORAYAKI COKLAT STRAWBERI

Salam pagi Jumaat semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya, InsyaAllah. Sarapan apa pagi ni. Dah lama tak buat 'dorayaki' atau pun lempeng nama tradisionalnya. Jadi hari ini jom bersarapan dengan Dorayaki Coklat Strawberi...





Nak resepi? Senang jer, semua orang boleh buat.


Bahan-bahan (untuk 10 keping)

100gm tepung kek
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit susu segar sekiranya adunan terlalu pekat

Inti : Jem coklat strawberi

Cara-cara :


1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.

3. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, selepas itu balikkannya sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai dapat 20 keping.

4. Letak 1 sudu besar jem strawberi ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake yang lain. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan jem. Jadilah Dorayaki (hoorey!).

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment