Pernah dengar Mesin Terapi Elektrostatik? Mungkin kita pernah mendengar tetapi tidak mengetahui apakah fungsi dan cara penggunaanya. Saya pun begitu. Tetapi semalam saya telah berpeluang mencuba sendiri mesin terapi tersebut di salah sebuah cawangan Cosmic Healthcare Centre di Taman Perwira Teluk Panglima Garang. Diharapkan dengan kemudahan tersebut, semua penduduk di sekitar kawasan tersebut dapat menggunakan kemudahan yang diberikan secara PERCUMA ini dengan sebaiknya.
SEKADAR BERKONGSI :-
Pernahkah anda terfikir bahawa tidak selalunya anda akan sihat? Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa suatu hari nanti anda pasti akan jatuh sakit dan mempunyai penyakit? Di zaman yang serba canggih dan moden ini segalanya tiada yang mustahil.
Apabila umur manusia semakin meningkat, perlahan-perlahan kita akan dipengaruhi oleh persekitaran yang akan menjejaskan tahap kesihatan kita. Taraf kehidupan yang semakin tinggi membuatkan kita tidak menghiraukan kesihatan sendiri untuk masa akan datang. Penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gout, stroke, kolesterol tinggi dan sebagainya semakin menular pada setiap masyarakat tidak kira sama ada yang muda atau tua jika tidak mengamalkan kehidupan yang sihat.
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari peranan pengambilan makanan yang berkhasiat, penjagaan kesihatan yang efektif, udara yang segar dan kawalan tekanan yang seimbang bagi memastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik.
Rawatan terapi yang menggunakan arus static amat terkenal di Jepun sejak berkurun lamanya. Berpuluh abad yang lalu, MD Toshiyuki seorang berbangsa Jepun, melihat Jurnal Perubatan German yang telah diterbitkan suatu masa dahulu dibawah kajian tentang medan voltan tinggi penyelidikan beliau menunjukkan hasil yang menakjubkan ke atas pesakit kronik yang menjadi sihat setelah menjalani rawatan selama beberapa bulan. Penyelidikan beliau juga ditambah dengan bukti-bukti dan laporan yang telah terbukti setelah beberapa dekad penggunaan medan elektrik voltan tinggi untuk pesakit kronik telah digunakan secara meluas di German dan ianya lebih dikenali sebagai “ Ion Elektrik Sihat ” .
Produk Mesin terapi elektrostatik yang telah mendapat pengiktirafan diperakui boleh mencegah dan merawat penyakit-penyakit kronik. Ia mampu melancar serta membersihkan kotoran yang telah melekat dan mendap pada saluran darah. Bukan itu sahaja, malah ia juga mampu menyelaraskan sistem saraf yang tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan di dalam badan. Rawatan terapi Pro Nature menggunakan kaedah getaran arus static bagi membakar kolesterol serta memecahkan lemak yang tersumbat pada kapilari darah.
Pelbagai fungsi dari mesin terapi Pro Nature yang boleh anda guna untuk merawat atau mencegah penyakit anda seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), rawatan gelombang ringan (Optical Therapy@Light Wave), rawatan bertungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading Prong atau dikenali sebagai Magic Pen boleh merawat sakit setempat.