Cuti sekolah dah bermula. Mungkin
ramai yang bercadang untuk membawa keluarga pergi bercuti atau mungkin
ada yang masih tercari-cari tempat yang ingin dikunjungi time cuti
sekolah ni. Salah satu tempat yang menarik dan juga agak ekslusif ialah
di Sepang Golden Palm Tree. Bagi yang ingin berehat sambil menikmati
keindahan alam, tempat ini mungkin sesuai bagi mereka yang inginkan
ketenangan.
Pemandangan dari Smiley Beach semasa air surut
Pemandangan yang sangat indah dan tenang
Perkhidmatan basikal juga disediakan untuk ke sesuatu tempat di dalam kawasan tersebut
Nak tengok gambar lagi....Jom cuci mata....
Ruang veranda yang sesuai untuk bersantai-santai waktu petang..Cuma sayang tak boleh memancing. Kalau boleh memancing lagi best.
Boleh nampak banyak ikan todak kat bawah rumah tu...Macam comel jerk...
Bilik tidur yang sangat selesa...Baring atas katil, bila buka mata terbentang luas lautan di
depan......
Bilik air yang seksi...hihi...boleh nampak luar dalam. Kena hati2..Jangan lupa tarik langsir
hingga ke bawah bila nak masuk dalam bilik air ni. Kalau tak wayang free...
Dah puas berehat, dah puas tidur, jom kita mandi di infinity swimming pool...Tempat yang
diminati terutamanya kanak-kanak...Masa yang ditunggu2....jom terjun!!!!
Fuh...tengok swimming pool ni terus ke laut..hihi
Gambar kakak dengan abang yang mandi time tengahari buta....
Suasana di swimming pool ketika menjelang senja.....syahdu le pulak.....
Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan disini...Nanti saya sambung part 2 pulak yer....babai.....