Tuesday, 25 June 2013

KEK COKLAT MOUSSE

Salam semua. Nampaknya cuaca hari ini bertambah baik. Alhamdulillah..Jerebu pun dah kurang. Tahap IPU di sini setakat hari ini di bawah 130 berbanding 400 semalam. Anak2 pun dah mula bersekolah hari ini. Semoga kualiti udara di negara kita akan bertambah baik, InsyaAllah.

Nampaknya cuaca yang baik, maka mood nak buat kek pun baik jugak. Besok besday anak perempuan saya ANISSA yang ke tujuh . Pejam celik pejam celik dah 7 tahun. Semoga dia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Masih memikir apa kek yang nak di buat malam ini untuk besday dia esok. Kek aiskrim campur tiramitsu, itu permintaan Anissa minggu lepas bila mama tanya nak makan kek apa. Hurm....2 jenis kek dia suruh campur jadi satu? Mama akan try buat malam ni ye kakak....

Kek Coklat Mousse ni pun dia suka jugak. Hari tu buat sebijik bawa balik kampung, ramai yang suka kek ni.




Mungkin decoration kurang menarik sebab buat kek ni sampai pukul 3 pagi. Huhu..orang lain tengah sedap tidur, kita kat dapur tengah memikir macam mana nak deko kek ni. Hihi...tapi tak pe. Rupa tak cantik tapi sedap tau. Jom potong kek ni.




Happy nyummy nyummy rasanya tau. Sila..silla....tinggal sepotong je lagi. Siapa cepat dia dapat.

1 comment: